top of page

Keadilan Seorang Amirul Mukminin

  • hlofficial
  • Jan 3, 2016
  • 1 min read

Tajuk : Keadilan Seorang Amirul Mukminin

Suatu hari, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab r.a. membahagikan kain hasil rampasan perang dari Yaman.

Semua orang yang memperoleh satu bahagian kain, termasuklah Saidina Umar al-Khattab r.a.

Tiada keistimewaan walaupun beliau berjawatan sebagai pemimpin.

Namun, Saidina Umar al-Khattab r.a merupakan seorang lelaki yang tinggi.

Beliau memerlukan dua bahagian kain untuk menyiapkan sepasang baju untuk dirinya.

Namun, beliau tidak mengambil kesempatan untuk mengambil lebih daripada rakyatnya.

Lantas, anaknya, Abdullah bin Umar memberikan bahagian kain yang dimilikinya kepada ayahnya.

Diceritakan bahawa Umar pun berpidato dengan memakai baju yang sudah disiapkan tersebut.

Setelah memuji Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W, beliau pun berkata:

“Wahai sekalian manusia, dengarlah dan taatlah…”

Tiba-tiba, Salman al-Farisi bangkit dan berkata:

“Kami tidak akan dengar dan taat kepadamu”.

Saidina Umar al-Khattab r.a terkejut dan bertanya kepada Salman tentang tujuannya berkata begitu.

“Dari manakah kamu mendapatkan baju ini sedangkan engkau mendapat satu bahagian kain sahaja dan kamu seorang lelaki yang tinggi?”, jawab Salman.

Kemudian Saidina Umar al-Khattab r.a memanggil anaknya untuk memberi penjelasan.

Setelah diberi penjelasan, Salman pun berpuas hati dan berkata:

“Sekarang suruhlah kami supaya dengar dan patuh.”


Recent Posts

See All
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 10 Rejab 1437H Bersamaan 18 April Bahagian Akhir : Unta,Semut...

 
 
 
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 3 Rejab 1437H Bersamaan 11 April Bahagian 2 : Paus &...

 
 
 
Kisah Binatang Pada Zaman Nabi

: Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 26 Jamadil Akhir 1437H Bersamaan 4 April Bahagian 1 : Nyamuk...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page