top of page

Faedah AlQuran

  • hlofficial
  • Jan 4, 2016
  • 2 min read

Tajuk : Faedah AlQuran

daripada channel telegram Ad-Dien Abdul Kadir (Rabu 28/10/2015)

Al-Isti'azah (الإِسْتِعَاذَةُ) dan At-Ta'awwuz (التَعَوُّذ)

-Isti'azah-

bermaksud perlindungan kepada Allah subhanahu wa ta'ala dari setiap kejahatan.

Lafaz isti'azah (meminta perlindungan) disebut sebagai Al-Ta'awwuz:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ Aa'uzubillahi min as-syaitanirrajim

Maksudnya:

Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

1⃣Allah perintahkan manusia untuk memohon perlindungan daripada Syaitan apabila terasa hasutan atau seruan kepada kejahatan.

Firman Allah ta'ala:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Al-A'raaf 7:200]

2⃣Kata Imam Ibn Kathir dalam tafsir Al-Qurannya bahawa perlindungan bukan sahaja daripada kejahatan syaitan yang kita maklum tapi juga daripada kejahatan "syaitan manusia" dengan cara membalas kejahatan mereka dengan kebaikan.

Isti'azah juga digunakan untuk berlindung daripada gangguan dan godaan jin yang jahat.

3⃣ Perkataan Syaitan

berasal daripada kata (شَطَنَ) yang bermaksud jauh.

Ia merujuk kepada sifat syaitan itu sendiri yang sangat jauh daripada kebaikan malah sangat dekat dengan kejahatan sehingga kejahatan saling berkait rapat dengan syaitan.

4⃣Sebahagian ulama' kata Syaitan berasal daripada perkataan (شَاتَ)

bermaksud terbakar.

Ini merujuk kepada sifat fizikal syaitan yang diciptakan daripada api.

5⃣Menurut Imam Sibawaih (Imam dalam bahasa Arab) perkataan yang Syaitan yang lebih tepat ialah jauh (seperti poin no.3).

Sebab itu bangsa Arab terkadang menyebut

"تَشَيْطَنَ فُلَانٌ" "Fulan itu seperti Syaitan" yakni jauh dari kebaikan/jahat.

Oleh kerana itu orang Arab menyebut perkataan Syaitan untuk setiap kejahatan, musuh, penderhakaan atau sesuatu yang jauh dari kebaikan baik daripada kelompok syaitan itu sendiri, jin atau manusia.

Sebagaimana firman Allah ta'ala:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. [Al-An'aam 6:112]

6⃣ Majoriti ulama' berpendapat ta'awuz dibaca sebelum membaca Al-Quran.

Ini berdasarkan firman Allah ta'ala:

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. [An-Nahl 16:98]

7⃣ Antara kelebihan lain ta'awwuz selain mengelak dari gangguan Syaitan ialah meredakan kemarahan.

Diriwayatkan daripada Sulaiman bin

"Ada dua orang yang saling mencerca/gaduh berdekatan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, sementara kami duduk-duduk di samping beliau, salah seorang darinya mencerca temannya sambil marah, hingga wajahnya kemerahan. Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنِّي لَأَعْرِفُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ الَّذِي يَجِدُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

"Sesungguhnya daku mengetahui suatu kalimah yang mana apabila dia membacanya, nescaya kemarahannya akan hilang, iaiti sekiranya dia menyebut; "A'uzubillahi min as-syaithanir rajiim." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

wallahua'lam.


Recent Posts

See All
Al Mulk verse 8

Hubban Limaanan Slot Al- Quran Rajab 1437 19 April 2016 Selasa Surah Al Mulk verse 8 بسم الله الرحمن الرحيم In the name of God, Most...

 
 
 
Al Mulk verse 7

Hubban Limaanan Slot Al- Quran 4 Rajab 1437 12 April 2016 Selasa Surah Al Mulk verse 7 بسم الله الرحمن الرحيم In the name of God, ...

 
 
 
Al Mulk verse 6

Hubban Limaanan Slot Al- Quran 26 sJamadil Thani 1437 5 April 2016 Selasa Surah Al Mulk verse 6 بسم الله الرحمن الرحيم In the name of...

 
 
 

コメント


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page