top of page

Khadijah Binti Khuwailid

  • hlofficial
  • Jan 11, 2016
  • 2 min read

Siti Khadijah binti Khuwailid.

Ummul Mukminin (ibu orang mukmin)

Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w

Lahir di Mekah pada 556 Masihi.

Seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan.

Berasal daripada Bani Quraisy, iaitu kaum satu suku yang dipandang tinggi oleh masyarakat Arab ketika itu.

Anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah

Isteri Rasulullah ini adalah wanita Muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam.

Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dengan memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah s.a.w dilaksana sebaik mungkin.

Msekipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun berjaya membantu ekonomi keluarga, juga masyarakat sekitarnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Ketika aku miskin, Khadijah memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.”

Siti Khadijah juga yang menenangkan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh kasih sayang selepas pulang daripada menerima wahyu yang pertama di Gua Hira melalui Jibril.

Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting.

Beliau sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan daripada kebesaran Allah s.w.t. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan memberikan ganjaran.

Menurutnya, Allah menyukai perbuatan yang dilakukan dengan keluhuran hati dan menolong sesama insan terutama kepada golongan lemah.

Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan Nabi Muhammad dan pengikutnya.

Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di Mekah, lalu dikenali dengan nama al-Hajun.

Perkahwinan Siti Khadijah dengan Rasulullah s.a.w dikurniai dengan dua orang putera dan empat orang puteri; 1 Qasim 2 Abdullah Qasim dan Abdullah meninggal dunia semasa masih kecil.

3 Zainab 4 Ruqaiyah 5 Ummu Kalthum Ruqaiyah berkahwin dengan Uthman bin Affan. Setelah Ruqaiyah meninggal dunia, Ummu Kalthum pula diperisterikan oleh Uthman.

6 Fatimah (Fatimah az-Zahra) Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abi Talib

InshaaAllah minggu hadapan ialah srikandi Islam bernama Aisyah Radhiallahu 'Anha

Jumpa minggu hadapan di hari dan waktu yg sama


Recent Posts

See All
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 10 Rejab 1437H Bersamaan 18 April Bahagian Akhir : Unta,Semut...

 
 
 
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 3 Rejab 1437H Bersamaan 11 April Bahagian 2 : Paus &...

 
 
 
Kisah Binatang Pada Zaman Nabi

: Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 26 Jamadil Akhir 1437H Bersamaan 4 April Bahagian 1 : Nyamuk...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page