Orang Mukmin yang kental dalam jihad
- hlofficial
- Jan 12, 2016
- 3 min read
Orang Mukmin yang kental dalam jihad .
Baik lah sebelum kita teruskan perbincangan kita ini . Ingin saya bertanya soalan cepumas . ceht ceht , gurau saya ..
Apa khabar semua ? Sihat tak ?
♡ Dihari yang penuh barakah ini ingin kita bahaskan tajuk Orang mukmin yang kental dalam jihad . Keterangan ini daripada surah al Imran ayat 200 .
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
Dalam ayat di atas Allah SWT menghendaki kita bersungguh-sungguh dan bersabar di dalam menegakkan kebenaran.
Kita hendaklah memiliki kesabaran melebihi kesabaran musuh-musuh Allah SWT. Yakni ini menunjukkan kesabaran orang mukmin mengatasi kesabaran orang-orang kafir.
Orang mukmin tetap bersabar dalam apa jua suasana. Walaupun musuh-musuh Allah sabar dalam melakukan sesuatu, tetapi orang mukmin lebih sabar daripada mereka. Di samping bersabar orang mukmin juga lebih kuat daripada musuh-musuh mereka.
Orang mukmin yang lebih mampu ??? Apa makna ayat ini ?? Hah . Nak tahu tak ?? Ayuh ke point seterusnya .
Orang mukmin bukan sahaja menentang musuh luaran bahkan mereka juga menentang musuh di dalam jiwa.
Mereka lebih mampu dan berkeupayaan untuk menentang musuh di dalam jiwa atau dada. Begitu juga dalam berhadapan dengan musuh di kalangan manusia sendiri
Orang mukmin sentiasa menyeru dan berjuang. Kalau musuh-musuh berjuang dengan sabar maka mereka pun berjuang dengan penuh kesabaran.
Sekiranya musuh kuat maka mereka pun kuat. Musuh Allah itu berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan mereka, maka mereka juga berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan musuh-musuh Allah itu. Hanya orang mukmin yang tetap lebih sabar daripada orang kafir atau musuh Allah SWT.
Walaupun yang bathil itu sabar, kuat dan maju tetapi orang beriman lebih sabar dan lebih berkeupayaan untuk kekal di atas jalan jihad. Yang hak itu semestinya mempunyai kesabaran dan kemampuan yang lebih untuk terus di dalam perjuangannya.
Point kita yang kedua ialah berjihad di mana-mana sahaja . Berjihad di mana sahaja ni maksudnya berjihad tanpa kenal tempat kah ? Rumah ? Office ??
Orang-orang mukmin tetap berjuang dan berjihad. Mereka tetap berjihad melawan kufur melalui dakwah, berjihad menyeru untuk kekalkan Islam . Mereka sentiasa berterusan berjihad di mana-mana sahaja.
Sekiranya daulah Islamiah sudah wujud, maka orang-orang mukmin dan tentera-tentera Islam akan berjihad mempertahankan Islam di setiap penjuru yang dimasuki oleh musuh.
Di dalam keadaan yang tiada negara Islam sekarang ini maka perjuangan kita ialah berdakwah dan menegakkan kalimah Allah SWT di mana sahaja kita berada.
Eh . Rupanya kita sudah nak habis . Jadi point kita yang terakhir ialah jihad yang berterusan .
Jihad berterusan itu dapat di visualisasikan melalui kesabaran kumpulan Islam yang tak pernah lalai atau diam.
Kumpulan ini tetap bergerak, lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang yang mana tiada masa untuk berdiam diri.
Masa sepenuhnya digunakan untuk berjihad melawan musuh. Kita hendaklah curahkan sepenuh masa untuk berjihad menegakkan Islam dan menentang musuh. Musuh Allah tidak pernah membuat gencatan senjata dengan kita. Mereka menentang kita di mana sahaja. Mereka sentiasa menentang kebenaran di setiap saat dan ketika.
Sejak mula penyeruan menegakkan kalimah Allah lahir di bumi maka sejak itulah musuh Allah tak pernah mengikatkan perjanjian sementara dengan kita. Kita terus diserang di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Oleh itu kita pun perlu bersungguh-sungguh dan bertahan dengan penuh keupayaan untuk berjihad di jalan Allah hinggalah akhir zaman.
Kesimpulannya , kekentalan orang mukmin itu memang tiada tolok bandingannya . Kehebatan dan keazaman mereka perlu kita jadikan pencetus untuk diri terus gagah mempertahankan syiar Islam . Tapi persoalan nya disini . Pernahkah kita cuba untuk menjadi seperti mereka atau kita hanya memerhati kegagahan mereka sambil mengoyang kaki di rumah ? Tepuk dada . Tanya iman .
Wallahualam .
Comments