top of page

Umat Semakin Tenat,Salah Siapa?

  • hlofficial
  • Jan 16, 2016
  • 4 min read

Umat makin tenat ❗salah siapakah

Apa pendapat kalian ?

Didikan awal seseorang adalah bermula dari rumah bukan

Maka wajar jika saya katakan bahawa ibu bapa antara yang bersalah dalam kejatuhan umat ! Mengapa ?

Saat melihat anak kita membesar apa yang kita lakukan

Apa yang kita berikan

Cukupkah dengan menghantar mereka kepada pengasuh@pengajar yang d bayar dgn sekian-sekian upah Apabila cukup masa , anak dibawa pulang namun kita tidak sedikit pun kita bertanya apakah yang berlaku padanya hari ini 🏿🏿🏿 Sehingga apabila dewasa kita sendiri pula tidak dihiraukannya.. Salah siapa Dia atau kita

Kerana itu ibu bapa seharusnya menjadi madrasah pertama yang mengajar anak-anak untuk mengenal siapa Tuhan kita? Siapa Rasul kita? Bagaimana agama mengajar kita?

Tapi sayang kebanyakan ibu bapa kini hanya menjadi "penaja" anak-anak untuk kesenangan dunia Hingga terlupa tugas kita yang sebenar di dunia sbg ibu ayah, dan lupa juga untuk mengajar anak-anak tugasnya sebagai anak

Dan yang paling kita lupa tugas kita sebagai hamba Tetapi saya tidak mengatakan itu 100% salah ibu bapa..

Namun itulah desakan "dunia" kini y menghimpit agar manusia terus terleka 🏿🏿🏿

Seperti sebuah keluarga sesebuah negara juga mempunyai pemimpin yang bertanggangjawab terhadap rakyatnya seperti di zaman Rasulullah sawaw serta para sahabat dahulu

Adakah Nabi saw hanya berdakwah hanya kpd kluarganya ? Apakah cara hidup mengikut al-Quran dan sunnah selepas kewafatan Baginda saw hanya dikembangkan oleh para sahabat kpd keluarga terdekat sahaja?

Tidak ! Rasulallah saw kembangkan dakwahnya walaupun bermula sengan cara sembunyi2 Para sahabat yg juga Pemimpin pada zaman mereka sanggup berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yg lain (dalam jarak yg jauh) bagi mengembangkan dakwah mengajak umat manusia agar taat kembali taat kpd ALLAH Padahal pada waktu itu tak ada dsbg..

Tapi lihat pada kita.. Apa yang pernah disampaikan kpd kita

Slot akasia yg menitiskan air mata apabila maghrib hampir tiba Sistem pembelajaran mengikut gaya barat sana ? Apa taknya sistem pemerintahan kita pun rata2 semua mengikut 🏿"telunjuk" saja

Tak adanya penegasan dalam siaran2 media yg menayang Filem2,drama2 yg bg pengaruh tah apa-apa Kalau nak disekat pun berita-berita yang membuka mata kita Yang ditayang pulak hanya yang membutakan mata, lagi parah mematikan hati

Sebenaqnya masyarakat sekeliling lah punca umat kini kian tenat !

(Laaa pulak dah dia ni putaq belit laa..hehe.. sabaq naaa)

Masyarakat ni terlupa tugas untuk tegoq-menegoq ..

Salah satu puncanya

Dok pegang pepatah 🏿🏿🏿 "jangan suka jaga kain orang"🏿🏿🏿 Sedangkan dalam Islam memang kena jaga la .. 🏿🏿🏿 bukan takat kain batik,kain pelikat ..tapi sampai ke kain kapan nanti masyarakat jugak yang jaga ❗ Mana ke tidaknya masuk kuboq pun orang lain yg tanam kita ❗ Kalau tak siap lah hang berkain kapan setiap hari, sebab tak mau orang tegoq kita ❗

Sedangkan Nabi dah kata 🏿

Dari Abu Ruqayyah Tamiim bin Aus Ad Daari, sesungguhnya Nabi shalallahu alaihi wa salam bersabda: ”Agama itu adalah nasehat.” Kami bertanya: ”Untuk siapa?” Sabda beliau: ”Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslimin.” (HR Muslim).

Makna kataaaaa .. kita semua ada tanggungjawab bg nasihat pada sesama kita

Ini semua pakat butakan mata,pekakkan 🏿telinga, bisu tanpa bicara walaupun maksiat depan mata Dengan golongan2 bijak agama pun naik sama ❗ Sanggup diam demi kepentingan dunia ❗ Hilang ingatan agaknya sapa bagi ilmu kat kita ❗ Sapa bagi rezki 🏿 kita❗

Sebenarnya salah siapa ❗ Nak atau tidak mengaku lah 🏿 ini salah kita ❗ Sedarlah semuanya salah kita 🏿❗ Salah kita sendiri 🏿🏿❗

Yang tak nak 🏿 pimpin diri ke jalan yang benar❗ Tak nak 🏿jadi masyarakat yg berani menegur maksiat depan mata Tak nak 🏿 belajar agama supaya dapat membantu Golongan Yang Jahil dan akhirnya sendiri pun terjerumus dalam masyarakat yang jahil (Nauzubillahiminzalik) Dan kadang kita tegur orang tapi kita lupa tegur diri kita sendiri Kita seru orang tapi lupa nak seru diri sendiri Kadang kita boleh tegur "orang luar" tapi tak boleh tegur keluarga sendiri

Lemahnya Iman kita

Agak-agak senang tak buat nak buat kek cawan guna acuan kek muffin Nampak lebih kurang kan ? Tapi masih ada beza.. ryte ? Dia susah sikit nak ikut bg sama..

Macam tu lah kita.. Cuba kita nak bentuk orang kita bentuk diri kita sekali .. Bukan bermakna kena baik 100% baru boleh tegur orang.. Kalau macam tu sampai dah takdak kat dunia pun belum tentu dapat tegur orang .. Tapi kena seiring dan sejalan

Kata2 n perbuatan cuba seiring dan sejalankan .. Pelan2.. kayuh pelan2 supaya bila jatuh tak susah nak bangun sebab cederanya lebih ringan

Mari kita lihat petikan dibawah sebagai motivasi utk kita

____________________________ Ummah Kian Tenat

'Kak,what should we do? Ummah are dying every second'

'Change yourself'

🔹🔸🔹🔸🔹🔸

Dulu,sy marah sgt. Tension pun ada. Marah tengok ummah semakin tenat. Hati selalu berkata-kata buruk tiap kali nampak kejadian seperti itu.

Sampai satu hari,org berckp kpd sy

⁉️Solat pun nak akhir waktu,jgn berangan nak pulihkan ummah⁉️

Terus sy tergolek jatuh mcm nangka.

Kalian,perubahan ummah bermula dari diri kita. Cuba recheck hati kita

1⃣solat dhuha? 2⃣solat jemaah? 3⃣mengumpat kawan? 4⃣dan pelbagai lagi

‼️jangan berangan nak ubah ummah,kalau kita tak ubah diri kita dahulu

ayuh bersaing ke syurga

Salam sayang, @si_gadis

telegram : DahwahByUkhty _____________________________

Sebenarnya tugas membantu ummah ialah tugas kita bersama Kita semua termasuk saya,awak 🏿 🏿diadan mereka 🏿

ALLAH juga sudah berpesan

Cuma mungkin ada yang tahu dan telah pun ambil langkah yang sepatutnya Atau mungkin ada yang tahu tapi buat2 tak tahu

Dan mungkin juga ada yang memang tak nak ambil tahu

Ingatlah Firman ALLAH SWT :

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم ِ وَالْعَصْرِ Demi Masa!

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

"إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر"ِ Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( 103:1-3)

Sekian saja usrah kita malam ini Kita akhiri majlis dengan surah al-asr dan tasbih kafarah

moga kita ke temu lagi,hakak ninja


Recent Posts

See All
S.A.H.A.B.A.T

Usrah Mingguan Hubban Limaanan SAHABAT *** Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW....

 
 
 
ANAK

Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...

 
 
 
Revision !

Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻 Baik. Kita mulakan...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page