Bagaimana ISLAM Mengajar Apabila Menghadapi Tekanan???
- hlofficial
- Jan 23, 2016
- 2 min read
Assalamualaikum.. syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih lagi dikurniakan nafas untuk terus hidup dan juga berkesempatan untuk menyertai usrah pada malam ini..
Insha Allah semoga sedikit sebanyak ilmu yang cuba saya kongsikan ini dapat membantu kalian semua untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik..
Alhamdulillah.. marilah kita mulakan usrah kita pada malam ini dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah dan juga selawat ke atas nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad saw..
Stress?? Tekanan??
Setiap orang pasti pernah atau sedang mengalami suatu "fenomena alam" yang amat dahsyat iaitu STRESS.. haha.. bombastik sangat ayat tu.. nak menunjukkan bahawa stress itu akan menjadi amat bahaya jika kita tidak tahu cara untuk menguruskannya..
Kita berbalik kepada agama Islam yang telah memberikan kita pelbagai solusi untuk semua permasalahan yang kita sedang lalui dalam kehidupan seharian kita melalui kalam Allah, kitab suci kita iaitu AL QURAN..
Dari sekecil kecil masalah sehinggalah sebesar besar masalah.. Dan juga tidak lupa juga cara untuk menghadapi tekanan..
Sekarang jom kita lihat cara caranya..
1. Keimanan
Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardhu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar kepada hambaNya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
2. Tadabbur
Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh hidup, inikan pula manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNya.
3. Zikir
Allah swt berfirman yang bermaksud : " (Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang. " (surah Al-Ra'd 13:28)
4. Doa
Beza antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah.
Allah swt berfirman yang bermaksud : "Dan Tuhan kamu berfirman : " Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Al-Mu'min 40:60)
Alhamdulillah.. ini adalah 4 cara di antara 1001 cara yang lain yang boleh digunakan untuk menghadapi tekanan.. setiap orang mempunyai cara yang berbeza mengikut kesesuaian diri sendiri..
Alhamdulillah.. tamatlah sudah usrah kita untuk malam ini.. kita akhiri usrah kita dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. .
Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..
Wallahualam..
Recent Posts
See AllUsrah Mingguan Hubban Limaanan SAHABAT *** Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW....
Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...
Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻 Baik. Kita mulakan...
Comentários