top of page

Fatimah Az-Zahra Radhiallahu 'Anha

  • hlofficial
  • Feb 1, 2016
  • 2 min read

Tajuk : Fatimah Az-Zahra Radhiallahu 'Anha

Putri yang paling dicintai Nabi Saw.sehingga baginda ber sabda

”Fatimah adalah darah dagingku, siapa yang menyusahkannya juga menyusahkanku dan siapa yang mengganggunya juga menggangguku”.

Lahir pada hari Jum’at 20 Jumadil akhir tahun kelima sebelum Nabi Saw.

Putri kesayangan Nabi Saw.mendapat gelaran 1. Assidiqah (wanita terpercaya) 2 Athahirah (wanita suci) 3 al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) 4 al-Muhadatsah (Yang diajak bicara Jibril as) 5 Al-Batuul (memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab)

Terkenal dengan sebutan 1 Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak) 2 sayyidatunnisa-i ahlil jannah (Penghulu para wanita di surga).

Seorang yang paling kuat beribadah.

♥Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT.

♥Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain.

♥Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Sewaktu umurnya mencapai 18 tahun, dikahwinkan dengan Sayidina Ali. Mereka dikurniakan cahaya mata. 1 Hassan 2 Hussin 3 Muhsin 4 Zainab 5 Umi Kalsum

Walaupun hidup dalan kemiskinan,itu tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah.

Sayidatina Fatimah tetap berada di sisi ayahandanya ketika di akhir-akhir riwayatnya.

Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda.

Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa’, gembiralah hatinya.

Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi’, Madinah.

InsyaAllah minggu hadapan ialah srikandi Islam bernama Umm ‘Umara

🏻Jumpa minggu hadapan di hari dan waktu yg sama


Recent Posts

See All
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 10 Rejab 1437H Bersamaan 18 April Bahagian Akhir : Unta,Semut...

 
 
 
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 3 Rejab 1437H Bersamaan 11 April Bahagian 2 : Paus &...

 
 
 
Kisah Binatang Pada Zaman Nabi

: Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 26 Jamadil Akhir 1437H Bersamaan 4 April Bahagian 1 : Nyamuk...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page