top of page

Agar Solatmu Diterima

  • Perkongsian daripada naqibah
  • Feb 7, 2016
  • 3 min read

ajuk Usrah: Agar Solatmu Diterima. Tarikh: 6/2/2016 Sebelum memulakan usrah, jom kita berfikir sejenak. Tarik nafas panjang panjang.... HMMMM.

Sudah berapa tahun kita hidup? Sudah berapa tahun kita solat?

Adakah kita yakin benar benar yakin solat kita diterima?

Apakah pengertian Solat?

Solat bermaksud doa atau hubungan. Solat juga merupakan setiap perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam beserta syarat syarat yang tertentu.

⚡ Solat 5 waktu sehari semalam kan? Kenapa 5 kali? Bukan 2/3/4 kali sehari? Bukan seminggu sekali?

Telah berkata Syeikh Abdul Wahab Syya'rani dalam kitab al-Mizan:

"Jika disoal apakah hikmah diulang-ulang solat sebanyak 5 kali. Maka dijawab: Supaya kita ingat tiap-tiap kali bersuci untuk solat tatkala hendak menghadap Allah, seseorang itu akan meminta ampun terhadap dosa dosanya dan juga anggota pancaindera kita ada 5, maka seolah olah mengisyaratkan oleh 5 waktu kepada mengiktirafkan dosa 5 anggota."

Telah disyariatkan oleh Nabi SAW:

Yang bermaksud: Adakah kamu melihat di pintu salah seorang kamu sebatang sungai yang dia mandi sehari 5 kali, adakah yang tinggal kotoran pada badannya? Berkata para sahabat, tidak. Lalu bersabda Nabi SAW, seumpama demikian itulah sembahyang 5 waktu menghapuskan oleh Allah dengan sebab sembahyang tersebut akan segala dosa dosanya.

Jadi mengapa perlu solat?

Ada satu kisah lucu yang diceritakan oleh Abu Hanifah pada suatu ketika dahulu. Seorang lelaki 🏻 telah datang dan bertanya bagaimana untuk mengingat barang yang dia tidak tahu di mana letaknya barang tersebut.

Apakah jawapan Abu Hanifah? Beliau menjawab, Solatlah.

Apabila lelaki itu solat. Pada rakaat kedua, terus diingat barangnya diletakkan di mana.

Maka itulah tugas syaitan.

Bagaimana memastikan agar solatmu diterima?

1⃣ Mengamalkan kehidupan Islam.

Memastikan semua perkara yang kita lakukan ada lah halal. Contohnya makan makanan yang halal 100% KECUALI pada waktu darurat.

Kenapa kena pastikan halal? Kerana solat itu adalah doa. Makanan haram, darah daging haram, adakah doa akan diterima? Tepuk dada tanya selera :)

2⃣ Kefahaman ilmu.

Ilmu tentang apa? Tentang solat.

Baik. Cuba kita buat satu analogi. Boleh ke kalau kita bedah orang tanpa ada ilmu kedoktoran? HMM

Begitu juga solat. Tiada ilmu dan kefahaman tentang solat, bagaimana mahu solat? Bagaimana mahu memastikan solat kita diterima?

Imam Ghazali pernah berkata; Setiap amalan tanpa ilmu, amalannya ditolak Allah. 3⃣ Memahami rahsia rahsia serta hikmah hikmah Solat.

Kenapa wajib mengetahui perkara perkara tersebut?

Cuba bayangkan, kita buat suatu perkara, tapi tidak tahu apa yang akan datang pada kita. Baik kah? Atau buruk?

Begitu juga solat. Kita kena tahu apakah hikmah kita solat. Ya! Dapat mendekatkan diri pada Allah. Kenapa pentingnya dekatkan diri dengan Allah? Supaya doa kita dimakbulkan. Nampak tak kaitannya?

4⃣ Ikhlas

Ikhlas dalam solat tu macam mana?

Ehhh ini penting tau! Nombor 1 kena ada masa solat. Apa jadi kalau tiada keikhlasan waktu solat? Solat dengan tergesa gesa... Solat kena paksa...

Dah tu macam mana Allah nak terima? Solat pun tak ikhlas.

5⃣ Andaikan itu solat yang terakhir.

Solat terakhir....

Allahu. Ini adalah amalan para sahabat pada zaman dahulu. Solat sampai menangis. Kerana, kita tak tahu... bila kita akan mati.

Andaikan solat awak tu solat terakhir. Adakah awak solat dengan rushing? Solat awak akan khusyuk atau masih teringat perkara duniawi?

Dr Zulkifli pernah berkata; Ramai orang yang solat, tidak boleh menjadi orang yang solat di luar solat.

Ini kata kata yang betul betul power. Deep rasanya.

Faham apa maksudnya? Saya solat. Awak juga solat. Jiran sebelah rumah juga solat. Tetapi adakah semua daripada kita yang solat ini boleh menjadi orang yang solat di luar solat? Adakah kita semua mengambil hikmah solat di luar waktu solat? Allah...

Kesimpulannya, untuk kita berkomunikasi dengan Allah, kita mesti lah solat. Solat menghubung kan kita dengan Al-Khaliq. Pernah tak kita waktu haid, kita stress.. Stress yang sampai rindu nak solat. Nak mengadu macam macam pada Yang Esa?

Power betul solat ni kan? Jadi, amalkan solat yang bersih. Jadi lah orang yang solat di luar waktu solat. Solat memang power!

Wallahualam. Assalammualaikum.


Recent Posts

See All
S.A.H.A.B.A.T

Usrah Mingguan Hubban Limaanan SAHABAT *** Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW....

 
 
 
ANAK

Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...

 
 
 
Revision !

Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻 Baik. Kita mulakan...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page