GELAP JIWA
- perkongsian daripada naqibah
- Feb 16, 2016
- 2 min read
GELAP JIWA.
pernah tak suatu dalam hari kita, tetiba je blackout. Tak ada elektrik, malam pulak tu. Semua mestilah pernah rasa kan? Macam mana keadaan nya.. GELAP.. Tak nampak apa-apa pun. Banyak kerja kita akan terbantut kerana keadaan sebegitu.
Tapi pernah tak terfikir, yang lebih teruk, gelap nya jiwa yang menjadi penghalang utana dalam kembara menuju ke syurga.
GELAP JIWA KERANA JAUH DARIPADA DIA.
jiwa ni, kita perlu layannya seperti jasad.
Kita jasad kita bagi makan untuk mengeyangkan, maka jiwa juga begitu juga.
Ia perlu dijaga sebaiknya kerana ia boleh berubah menjadi jiwa yang hidup, jiwa Yang sakit dan jiwa mati. jiwa yang sihat akan selalu tunduk kepada Nya.
Padahal punca kepada jiwa yang sakit dan tenat adalah jauh daripada Allah.
Ketika jiwa jauh daripada Nya, makna kita bebas melakukan apa yang disukai. Orang jiwanya sakit, adakalanya taat kepada Allah. Namun kadang-kadang tersekat dalam ketagihan kepada perkara-perkara dosa.
Mari teliti sabda Nabi saw INI yang bermaksud:
Sesiapa yang melakukan satu dosa, makna akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam. Sekiranya dia bertaubat, akan terkikislah titik hitam itu daripda hatinya. Jika dia tidak bertaubat, mana titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam. ( HR. Ibn Majah )
Maka, orang yang berbuat dosa dan tidak bertaubat, hati akan terkunci rapat daripada petunjuk Allah. Lama-kelamaan semakin menjauh daripada-Nya.
Ketika itu, hilang sensitif terhadap dosa dan kekuatan untuk beribadah semakin pudar.
ALANGKAH BURUK AKIBAT ORANG YANG GELAP JIWANYA.
Orang yang tidak segera sedar dan bertaubat, enggan memberi peluang untuk sinar cahaya menusuk semula ke jiwanya dan terus membiarkannya dalam kegelapan, maka dia ini semakin hari akan menjauh daripada petunjuk hidayah-Nya.
Hatinya dikunci mati, telinga ditulikan dan mata dibutakan daripada melihat kebenaran.
Orang yang membiarkan jiwanya kegelapan, bahkan berbangga-bangga pula dengan keadaan gelapnya itu, maka dia bergerak semakin jauh daripada hidayah-Nya.
Jauh daripada cahaya hidayah Allah, makna semakin jauhlah dia dari jalan menuju syurga-Nya.
BIARKAN DUNIA GELAP, ASALKAN JIWA KITA BERCAHAYA.
Dunia gelap tidak mengapa, asalkan jangan jiwa kita berubah menjadi gelap sudahlah.
Jiwa yang gelap, jauh daripada petunjuk Allah.
Tidak mampu respond terhadap dosa. Terhalang segala kerja-kerja kebaikan. Tercari-cari punca kebahagiaan dalam kehidupan.
Jiwa yang gelap, jauh Dari jalan-jalan menuju syurga.
Mungkin hari ini dia berasa bahagia seketika.
Tetapi esok lusa dia menikmati derita yang tiada sesiapa pun dapat menduganya.
Orang mungkin cemburu melihatnya hari ini yang kelihatan begitu seronok dan nikmat sekali di dalam dosa. Sedangkan dalam jiwanya ada kegelapan dan penderitaan yang Tidak tertanggung oleh diri sendiri.
Telitilah punca-punca gelapnya jiwa dan bergeraklah menjauhinya.
Jika ada tanda-tanda itu pada diri, maka perbaikilah segera sebelum ia berubah menjadi barah yang akan menghancurkan segala cita-cita dan keinginan kita.
Syurga adalah hala tuju kita,pastikan Jalan kita kiblatnya ke sana. Jangan pernah serong walaupun satu darjah. Jika terserong sedikit, cepat-cepatlah kembali dan perbaiki diri.
Sebelum masa berakhir, bersihkan jiwa. Biarkan nanti kita kembali kepadaNya dalam keadaan jiwa sejahtera.
Recent Posts
See AllUsrah Mingguan Hubban Limaanan SAHABAT *** Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW....
Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...
Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻 Baik. Kita mulakan...
Comments