top of page

Umm Ummara ( part two )

  • perkongsian daripada naqibah
  • Feb 16, 2016
  • 3 min read

Hubban Limaanan

Slot Tokoh Islam

Tajuk : Umm 'Umara (Perisai Rasulullah SAW di Uhud

6 Jamadil Awal 1437H Bersamaan 15 Feb 2016

Umm 'Umara (Part 2)

Tiba-tiba lelaki yang telah mencederakan anak lelakinya mara dan Rasulullah SAW berkata kepada beliau bahawa inilah lelaki yang mencederakan anaknya.

Umm ‘Umara dengan berani mencabar lelaki tersebut, yang menurut anak Umm ‘Umara sendiri, adalah seperti perdu pokok yang besar.

Umm ‘Umara mencederakan kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut.

Rasulullah SAW tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda SAW dan berkata,

“Kamu telah membalasnya, Umm ‘Umara!”

Setelah lelaki tersebut ditewaskan, Rasulullah SAW kemudiannya berkata

“Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan membolehkan kamu menuntut bela.”

Pada satu ketika, Rasulullah SAW telah keseorangan. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera menyerang Rasulullah SAW sambil menjerit

“Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!”.

Lantas Mus’ab ibn ‘Umayr, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah SAW.

Umm ‘Umara yang turut bersama-sama dengan mereka terus menetak musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi.

Ibn Qumay’a berjaya menetakkan bahagian leher Umm ‘Umara, meninggalkan luka yang teruk.

Rasulullah SAW terus memanggil anak lelaki Umm ‘Umara, mengarahkannya membalut luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka.

Umm ‘Umara, bila menyedari yang Rasulullah SAW menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, lantas meminta Rasulullah SAW supaya berdoa agar mereka dijadikan Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah SAW di syurga nanti.

Selepas Rasulullah SAW berdoa, Umm ‘Umara lantas berkata,

“Aku tidak pedulikan apa sahaja yang menimpaku di dunia ini!”

Pada hari tersebut, Umm ‘Umara menerima tiga belas luka dan luka di lehernya terpaksa dirawat selama setahun.

Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamama, di mana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan.

Keberanian Umm ‘Umara menyebabkan semua para Sahabat RA menghormati beliau, terutamanya para Khalifah yang akan menziarahi beliau dan sentiasa mengambil berat tentang keadaan beliau.

Umar ibn Khattab RA telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya.

Salah seorang yang berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar RA patut memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar, Safiyya bint Abu ‘Ubayd.

Umar RA walaubagaimanapun tidak mahu memberikan kain yang sedemikian kepada menantunya.

“Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikannya kepada seseorang yang lebih berhak keatasnya – Umm ‘Umara Nusayba bint Ka’b.”

Umar RA kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah berkata bahawa apabila baginda SAW melihat ke kiri mahupun ke kanan, baginda nampak Umm ‘Umara sedang bertarung di hadapan baginda SAW.

Inilah kehidupan Umm ‘Umara, pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang berundur, yang mengarahkan anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang bersedia menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah SAW.

Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah SAW di syurga.

Moga Allah SWT merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian.

❗❗❗ Perhatian. Slot minggu hadapan akan diberikan kuiz sebanyak 20 soalan berdasarkan Slot Tokoh Islam.

❗❗❗Pastikan kalian mengulang.

🏻Jumpa minggu hadapan di hari dan waktu yg sama

Ikuti kami di laman sosial lain

Instagram : @hubbanlimaanan

✉ Facebook : Hubban Limaanan

Twitter : @hubbanlimaanan

Laman Rasmi : http://hlofficial.wix.com/hlofficial

*Semua slot harian pada pukul 9 malam boleh didapati di laman rasmi. Hanya cari sesawang blog.


Recent Posts

See All
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 10 Rejab 1437H Bersamaan 18 April Bahagian Akhir : Unta,Semut...

 
 
 
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 3 Rejab 1437H Bersamaan 11 April Bahagian 2 : Paus &...

 
 
 
Kisah Binatang Pada Zaman Nabi

: Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 26 Jamadil Akhir 1437H Bersamaan 4 April Bahagian 1 : Nyamuk...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page