Manusia Api
- Perkongsian daripada naqibah
- Feb 23, 2016
- 3 min read
🏼 SAYONARA MANUSIA API 🏼
🏼 Sabtu 🏼 20 Februari 2016. 🏼 9 malam.
🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻
Assalamualaikum sahabat syurga semua. Apa khabar iman dan jasad kalian? Dah makan? Saya mohon pinjam masa kalian sekejap untuk berusrah malam ni, boleh? 🏼🏼
Sebelum tu, kita buka majlis dengan ummul furqan, al-Fatihah.
Aminnn.
Seperti yang sedia maklum, tajuk usrah kita harini 'sayonara manusia api' atau dalam bhasa melayu nya, 'selamat tinggal manusia api'.
Siapa dpt agak, manusia api tu apa?
: 🏻 manusia api ??
Manusia api ni panggilan yang saya beri pada mereka yang suuuuuuka sangat mnimbulkan rasa 'bahang' orang sekeliling.
Haa? Tak paham ?
Maksudnya, manusia yg suka cerita sesuatu yang buruk tentang orang lain kpd seseorang yang lain, dengan tujuan apa? Untuk mendapat keuntungan sendiri dan menjatuhkan orang lain.
Perihal diri sendiri semua cerita yang baik belaka, tapi perihal orang lain, yang buruk saja dijaja.
Cuba reflect diri kita, kita kah manusia api tu?
Selama ni kita cerita apa pasal orang? Baik ke buruk? Kita ada riak tak? Atau pernah takbur? Haaa? Ada?
Tak perlu bagitahu saya. Simpan jawapan pada diri sendiri. 🏼
Okay, saya nak tanya lah, apa sebabnya kita boleh jadi macam ni? Terdesak sangat kah kita untuk mendapat nama? Atau nak naik pangkat? Nak dapat anugerah dekan? Nak semua orang tahu kita lah the only one yang baik berbanding orang lain?
Sanggup ke kita rosakkan nama orang lain, nama sahabat sendiri, jiran, rakan sekerja, rakan kuliah atau keluarga sendiri semata-mata untuk kepentingan sendiri?
Tanya pada diri, berapa banyak dah tompok hitam yang bertapak dalam hati aku ni?
Kita semuaaaaaaa ni, berpotensi untuk jadi manusia api. Nak jadi ke? Tak nak kan ? Haaa, awak semua mesti nak elakkan, betul tak?
Macam mana? Haa? Guane?
🏼🏼🏼🏼🏼
Kita boleh elak jadi manusia api dengan menjadi manusia air.
Haa, gi berendam dalam kolam.
Gurau je. Jangan buat betul-betul pulak.
Okay. First thing, 🏼 kita kena ingat what you give, you get back. Jadi, bila kita buat macam tu pada orang lain, tak mustahil akan ada manusia api yang lain akan buat begitu juga pada kita. Dan jugaaaaa, bimbang nanti apa yang kita buruk-burukkan orang tu, tepalit pada diri sendiri, satu persatu.
Nak nama baik kita rosak? Takmau kan? So, jangan jadi manusia api.
Kedua, 🏼buang semua hasad dengki dalam hati terhadap orang lain. Orang berjaya, kita tumpang gembira. Orang tak berjaya, kita doakan. Tak perlu iri hati, rezeki masing-masing. Dengki ni buang masa kita je kan? Penat fikir macam mana nak jatuhkan orang. Penat nak sakit hati.
Haa nak sakit hati? Takmau kan? So, jangan jadi manusia api.
Sahabat Hubban Limaanan, apa yang kita buat, tak berakhir di dunia sahaja. Semua akan dibawa dan disoal di akhirat. Bukan saja kena jaga ibadah dan hubungan dengan Allah, tapi hubungan dengan manusia juga penting. Bila ramai orang yang kita sakiti dan kita aniaya, macam mana kita nak dapat redha dari Allah?
Kita nak kena seksa dalam api neraka sebab lidah kita ini ke?
Wahai manusia api, apa kau mendapat susah bila tengok orang lain senang dan bahagia? Apa kau fikir orang lain suka bila aibnya kau canang satu dunia? Apa kau rasa manusia lain tiada hati dan perasaan bila kau kutuk dia sewenangnya? Adakah dengan menjadi manusia api, hidup kau tenang, bahagia dan berkuasa? Tanpa kau sedar, kau juga sedang menyebarkan keburukan kau yang suka berkata buruk tentang manusia. Fikirlah. Sedar. Kau dapat apa selain dosa?
Sedar atau tak sedar, lidah manusia api ini sangat sangat sangat membinasakan.
Disebabkan kata-kata, rakan kerja kita mungkin dibuang kerja. Disebabkan kata-kata, rakan kuliah kita mungkin mendapat malu untuk teruskan hidup seperti biasa. Disebabkan kata-kata, jiran kita mungkin dipulaukan oleh orang lain. Dan yang paling penting, disebabkan kata-kata manusia api yang panas inilah mampu membakar dan menyakitkan hati orang yang menjadi mangsa kata-kata itu.
Kata-kata mampu membangunkan juga membinasakan hidup seseorang.
Cakap benda yang baik. Tunjuk contoh yang baik. Jadi manusia baik.
Itu sahaja untuk malam ni, saya tak mampu nak taip lagi atas sebab mata yang berkaca-kaca ini. Kabur. Sekabur hidup mangsa si manusia api. 🏼
Sekali lagi saya mohon, tak perlu raih kuasa dengan menjadi manusia api.
Ia merugikan.
Serugi-rugi orang lain. Rugi lagi diri si manusia api.
Comments