top of page

Ujian Yang Berat Diringankan

  • Perkongsian daripada naqibah
  • Feb 28, 2016
  • 3 min read

Hubban Limaanan

Slot Usrah Mingguan

27 februari 2016 18 Jumada al-Ula 1437 Sabtu Ujian yang berat diringankan , yang ringan diberatkan

Assalamualaikum kesayangan , apa khabar ? Cuba tarik nafas dalam dalam kejap . Fuhh .. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk masih menyirup udara dunia ini . Sebelum itu , ayuh kita mulakan usrah dengan ummul kitab Al-Fatihah . Aminn

Hari ini inshaAllah kita bincangkan topik yang menarik . Cuba teka ??? Ya .✔ Tajuknya ujian yang berat diringankan , yang ringan diberatkan . Hmm .. macamana tu ya ? Apa itu ya ? Nak tahu tak ? stay tuned ....

Dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang khalifah ini , sudah pasti kita akan di berikan ujian yang bertujuan untuk menjadikan kita lebih tegar dan kuat . Hal ini telah yang telah diberitakan didalam surah

Al-anbiya ayat 35 .

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Yang bermaksud "Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan"

Setiap orang akan diuji dan tiada❌ yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Contohnya , bagi yang miskin , miskin itu lah ujiannya buatnya .

Tapi kalau kaya , kaya itu lah ujian . Senang cakap , semuaorang ada ujian masing masing . Cumanya cara ujian itu ditimpakan itu je yang berbeza . betul tak ?✔

So , takperlu ❌lah cakap . " Kau lain lah , kau tak kena macam aku kena ni " . ❌NO ! Kita semua diuji . Den pun kono . Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada keadaan yang tersendiri.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

Sayangnya , kita manusia yang lemah . Bila Allah baru je nak uji kita , kita dengan cepatnya kata " takmampu lah , tak sanggup lah , taklarat la " . Dek kerana pemikiran cetek seperti ini lah , kita akan mengambil jalan pintas untuk terus lari daripada masalah .

Allah uji kita sebab Allah saaaaayang kan kita , Allah nak kita berkomunikasi denganNya , Allah nak kita mengadu padaNya dan bukannya pada laman sosial . Merintih lah di tikar sembahyang dan bukannya facebook .

Jadinya , bila dah kena uji ni . Apa kita nak buat ? Mengamuk ? Menyalahkan takdir ? Bukan bukan .❌ Bukan itu jalan penyelesaiannya , Ada 3 cara yang boleh kita praktikkan .✔

✔. Sabar dan husnudzon .

Kita kena sentiasa sabar dan husnudzon dengan ujian yang Allah beri . Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita sangat sangat sehingga melebihi sayangnya seorang ibu yang kehilangan anak dan dipertemukan.

Betulkan mindset kita balik sekarang ini . ya sekarang ! " Allah uji aku untuk tingkatkan darjat , untuk hapuskan dosa aku yang aku buat saat aku lalai yang Allah sentiasa perhatikan aku " . Allahu , baru kena uji sikit , diri ini dah mengeluh .

✔. Bersyukur .

Ini kerana di akhirat nanti , orang yang tak dapat ujian ini akan jealous dengan kita yang ditimpa ujian . Dan berfikir , kenapa lah Allah tak uji nya dulu untuk kurangkan balasan yang ditimpa nya di akhirat ini .

Mungkin kita sakit tak boleh bangun sampai takboleh kerja , tapi bergembira lah . Sebab Allah tetap bagi kita pahala yang kita lakukan seperti yang biasa kita buat .

✔.Kembali padaNya . Allah mengajarkan kepada kita sebuah doa agar diringankan beban⚠.

Di hadapan Allah, kita mengakui kelemahan diri dan benar-benar mengemis kemurahan-Nya agar tidak ditimpa beban yang berat. InshaAllah .

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allaahumma laa sahla illaa maa ja’altahu sahlan wa anta taj’alul hazna idzaa syi’ta sahlan.”

“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.”

Amalkan doa ini . Moga moga Allah permudahkan urusan dan meringankan beban yang menimpa kita .

Konklusi , selagi nyawa dikandung badan , selagi itulah akan diuji oleh Allah . Bersabarlah dalam menjalani ujian sebagaimana yang dilakukan para Nabi terdahulu . Setiap ujian yang diberikan pasti menjanjikan ganjaran . InshaAllah .

Dear , you cant never find the solution if you keep running away ! Just face the music of life with patience and faith . Turn the pain into power .

Lots of love ,

Ikuti kami di laman sosial lain

Instagram : @hubbanlimaanan ✉ Facebook : Hubban Limaanan Twitter : @hubbanlimaanan Laman Rasmi : http://hlofficial.wix.com/hlofficial

*Semua slot harian pada pukul 9 malam boleh didapati di laman rasmi. Hanya cari sesawang blog.


Recent Posts

See All
S.A.H.A.B.A.T

Usrah Mingguan Hubban Limaanan SAHABAT *** Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW....

 
 
 
ANAK

Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...

 
 
 
Revision !

Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻 Baik. Kita mulakan...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page