top of page

Abu Bakar as Siddiq

  • Perkongsian daripada naqibah
  • Mar 7, 2016
  • 2 min read

Hubban Limaanan

Slot Tokoh Islam Tajuk : Abu Bakar as-Siddiq 20 Jamadil Awal 1437H Bersamaan 29 Februari

Abu Bakar al-Siddiq

🏻Bahasa Arab: أبو بكر الصديق‎ Abū Bakr al-Siddīq

🏻khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634.

🏻pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah)

🏻Tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah.

🏻Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta.

🏻Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan)

Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W.

Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W.

Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

🏻Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah

🏻 Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.

🏻Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah.

🏻Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar.

Ada yang mengatakan disebabkan keracunan

Ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa.

🏻Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.

🏻Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah

🏻Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam.

🏻Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi.

🏻Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran

🏻Beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam

InshaAllah topik minggu hadapan ialah Saidina Umar Al-Khatab

🏻🏻🏻Jumpa minggu hadapan di hari dan waktu yg sama

Salam sayang,@si_gadis

Ikuti kami di laman sosial lain

Instagram : @hubbanlimaanan ✉ Facebook : Hubban Limaanan Twitter : @hubbanlimaanan Laman Rasmi : http://hlofficial.wix.com/hlofficial


Recent Posts

See All
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 10 Rejab 1437H Bersamaan 18 April Bahagian Akhir : Unta,Semut...

 
 
 
Kisah Binatang Zaman Nabi

Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 3 Rejab 1437H Bersamaan 11 April Bahagian 2 : Paus &...

 
 
 
Kisah Binatang Pada Zaman Nabi

: Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 26 Jamadil Akhir 1437H Bersamaan 4 April Bahagian 1 : Nyamuk...

 
 
 

コメント


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page