top of page

Bercinta Sebelum Nikah ..

  • Perkongsian daripada naqibah
  • Mar 14, 2016
  • 4 min read

HUBBAN LIMAANAN

Bercinta Sebelum Nikah

Assalamualaikum wbt sahabat yg dihormati sekalian.

Tajuk kita malam ni adalah Bercinta Sebelum Nikah.

Kita buka majlis dengan bacaan al-Fatihah dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Saw

Bisirril Fatihah....

Amin.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan mengumpul pahala dalam persiapan menghadapi alam seterusnya.

BERCINTA SEBELUM NIKAH?

haaa klise tak hihi. Asal muka merah tu? Opsss. Okay okay serius. Sapa bercinta sebelum nikah haaa cer 🏼 sikit. Sporting sporting plis

Buat akak-akak yang dah bernikah, bolehlah beri kami tips dan panduan berdasarkan pengalaman kalian ya

'BERCINTA' SEBELUM NIKAH: APA KATA KETUA ULAMA SEDUNIA.

"Ada yang kata 'bercinta' boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?"

"Ada yang kata 'bercinta' dengan niat kahwin boleh, betul ke?"

"Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu nih?"

DEFINISI BERCINTA SEBELUM BERNIKAH.

Menurut kamus Dewan, Edisi 4

menaruh rasa cinta atau berahi berasa rindu

Menurut 'manhaj' para ulama yang bijaksana.

makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasarkan hakikat atau intipati benda tersebut.

kaedah menyebut, "Al-ibrah bilmusammayaat laisat bil asma'. Yang bermaksud mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.

Al Imam Hassan Al Banna apabila ditanya tentang hukum bercinta, beliau memberikan jawapan yg bijaksana.

Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.

Fikrah Pertengahan Islam agama yg memahami fitrah. Islam mengutuk fitrah cinta yg disalur dengan menghampiri zina. Islam lebih-lebih lagi mengutuk fitrah cinta yg penuh dgn nafsu syahwat sepertimana yg berlaku di Barat. Akibatnya, kecelaruan nasab begitu parah di sana. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan utk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Haura sekalian,

Bercinta sebelum nikah memang seronok. Usung ke sana kesini umpama dunia ini ana yang ponyaaa! hikhik tapi bercinta selepas nikah lagi seronok. Usung ke hulu ke hilir pun, tiada siapa nak marah.

Apabila menyebut saja perihal cinta. Hati berdegup kencang. Menyebut cinta membuatkan mulut mengalunkan syair syair cinta. Kerana apa cinta mampu mengubah manusia? Ini kerana cinta lahirnya dari hati.. bukan dari luaran tubuh, tetapi di sudut hati yang sangat penting bagi kita.

Bagaimana kecintaan kita kepada ALLAH boleh berlaku. Bagaimana kerinduan kita kepada Rasul boleh tersemai?

Ini kerana kuasa cinta yang dimiliki. Apabila diberikan cinta, pasti dikembalikan juga cinta.

Kembali kepada topik utama kita. Adakah cinta sebelum nikah dibenarkan dalam islam? Jika dibenarkan , bagaimanakah pula cara bercinta menurut islam??

Cinta sebelum nikah adalah dibenarkan tetapi dengan syarat dan kaedah-kaedah tertentu. Ada beberapa step yang saya akan huraikan dibawah kaedah bercinta yang sebenar.

Step pertama Istisyarah Apakah makna istisyarah yang dimaksudkan dalam konteks ini? Istisyarah bermaksud bertanya tentang orang yang kita minati daripada orang lain.

STEP KE 2

Sesi taaruf

Sesi taaruf ini merupakan salah satu sesi perkenalan antara pihak lelaki dan wanita. Pertemuan akan atau mungkin berlaku dalam sesi ini. kerana itu, kita haruslah sentiasa berzikir dan bermohon agar hati ini bersih dan dibukakan mata hati untuk melihat adakah dia calon yang kita nantikan untuk dijadikan isteri.

Jumpa/dating adakah dibolehkan??

Bila sebut saja berdating, mereka mudah melatah dan terus mengeluarkan hukum haram. Maksud dating saya adalah berjumpa.

Adakah berjumpa diharamkan? Jawapannya tidak tetapi dengan syarat syarat tertentu.

Syarat syaratnya seperti yang saya telah maklumkan diatas iaitu seorang wali kita(ayah,datuk) dan bukannya mahram kita. Ada juga yang berpendapat dia mestilah mahram kita dan boleh menyimpan rahsia dan cukup syarat.

Ada pula yang mengatakan jika tiada mahram, kita juga boleh ditemani oleh teman (2 orang wanita), dan teman itu haruslah dari pihak wanita dan baik akhlaknya.

Ada pula yang berpendapat, peneman atau saksi itu pelulah baik akhlaknya, alim, dan telah berkahwin. Jadi selepas saya bertanyakan daripada ustaz ustaz lain, dia memberi kata seperti ini “ kita ingin mengahwini mereka adalah dengan cara termulia dan haruslah mengunakan cara yang paling mulia” dan semua yang diatas dibolehkan tetapi perlulah memilih yang paling baik dahulu. Pilihlah mengikut kemampuan anda. Dan perlu diingatkan, pertemuan ini bukan untuk kita melemparkan kasih sayang, tetapi untuk tujuan berkenalan dan lebih memahami.

Mesej, whatsapp, fb dan sebagainya adakah boleh menjadi jambatan perhubungan??

Jawapannya boleh asalkan jangan disalahgunakan. Kerana di dalam tempoh ini adalah tempoh untuk kita mengenalinya dengan lebih teliti, dan juga untuk mengenali keluarga di kedua dua belah pihak. Jadi whatsapp untuk bertanya kan tentang kesihatan dan keluarga dibenarkan.

Jadi disini adakah bermakna kita boleh berdua duaan ketika di laman sosial?? Kerana zaman dahulu tiada elemen ini dan ketika berhubung perlu ditemani seseorang.

Jawapannya boleh. Tetapi ada syaratnya. Syaratnya adalah kalau boleh, buatlah group antara anda dia dan ada ditemani mahram anda. Dengan ini, perbicaraan anda akan terbatas. Mungkin anda akan mengatakan MESTILAH TAK SELESA DAN TAK BEBAS!! Yes.. kerana itulah tujuannya.

Kalau nak call??

Kalau nak call pun boleh je. Tetapi cuba tukar pada mode loud speaker. Dengan itu perbualan anda akan didengari oleh sahabat atau keluarga yang berada di tepi anda. Jadi perbualan anda juga akan diawasi. Kalau boleh jauhi percakapan yang manja manja tuh. Kat kawan x pula cakap manje. Kat mak ayah x pula nak bercakap manja. Jangan dengan awek pula baru nak bermanja manja.

Step 3

Kahwin.

Jalan terakhir adalah dengan satu ikatan yang sah, iaitu perkahwinan. Selepas sampai tempoh yang dijanjikan di dalam sesi taaruf, maka nikahilah dia.

PENCERAHAN

Apakah hukum mereka yang mengkhianati janji yang telah diikat dalam sesi taaruf dan berkahwin dengan orang lain??

jawapan : jawapannya haram dan berdosa. Tetapi perkahwinan mereka masih sah. Cuma fikir fikirkanlah kenapa ALLAH sangat menitik beratkan perjanjian .

Selepas sesi istisyarah jika kita mengetahui dia telah mempunyai tunang adakah kita masih boleh meneruskan sesi taaruf??

jawapan : jawapannya tidak boleh. Islam melarang kita mengganggu seseorang itu selepas sesi pertunangan. Jika kita masih melakukan?? Berbalik semua pada kaedah yang anda gunakan. Adakah anda mengunakan kaedah islam? Jika ya , haruslah anda mengikuti cara cara yang islam benarkan juga.

Saya berwhatsapp atau berjumpa berdua dengan tunang saya adalah semata mata untuk berlajar dan mengajarnya.tetapi secara lansung adalah ia hanya alasan untuk saya berjumpa dan berhubung dengannya. Adakah boleh dilakukan pekara sedemikian??

jawapan : kita kembali kepada niat. Dan kita harus tahu ALLAH maha mengetahui apa yang anda fikirkan dan apa yang anda niatkan. Kita lihat pula status anda adalah sebagai seorang tunang dan bukannya seorang isteri dan suami. Jika anda menyembunyikan niat anda dengan mengunakan pekara baik seperti ingin berlajar bersama dan mengajarnya, tetapi ALLAH masih mengetahui niat asal anda. Disini sebenarnya adakah anda berpura pura beriman dan takutkan manusia dan bukan takutkan ALLAH???

Kesimpulannya.

Perlaksanaan hukum mestilah mengambil kira hubungan dgn Allah dan hubungan sesama manusia untuk menampakkan impak yang lebih hebat di dunia dan akhirat.

Batasan pergaulan yang Islam gariskan banyak kebaikannya. Ia bukan saja memeliharakan kehormatan bahkan juga melindungi daripada punca keruntuhan, keretakan dan kebimbangan.

Kita tutup majlis kita dengan tasbih kifarah dan suratul Asr.

_ZatieZamri_AinulMardhiah_ 12.3.16 Ikuti kami di laman sosial lain

Instagram : @hubbanlimaanan ✉ Facebook : Hubban Limaanan Twitter : @hubbanlimaanan Laman Rasmi : http://hlofficial.wix.com/hlofficial

*Semua slot harian pada pukul 9 malam boleh didapati di


Recent Posts

See All
S.A.H.A.B.A.T

Usrah Mingguan Hubban Limaanan SAHABAT *** Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW....

 
 
 
ANAK

Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...

 
 
 
Revision !

Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻 Baik. Kita mulakan...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page