top of page

PBK ?

  • Perkongsian daripada naqibah
  • Mar 28, 2016
  • 3 min read

Tips Bersama Hubban Limaanan

❣penyakit berkaitan kepanasan (PBK)❣

🔺PBK merangkumi pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul akibat terdedah kepada cuaca panas.

🔺Antaranya, masalah ringan seperti 1⃣rasa tidak selesa atau penyakit kulit seperti ruam panas (heat rash) 2⃣kelesuan dan pitam akibat panas (heat exhaustion)

🔺Keadaan serius seperti kekejangan, kepanasan yang melampau akibat panas hingga menyebabkan ketidaksedaran. Keadaan serius ini dipanggil strok haba.

Tanda-tanda PBK

1⃣Kulit badan dan muka menjadi kering dan kemerahan 2⃣Kelesuan dan kepenatan yang melampau 3⃣Suhu badan meningkat ketara 4⃣Kekejangan otot 5⃣Muntah dan loya 6⃣Sakit kepala. 7⃣Denyutan nadi pantas. 8⃣Kekeliruan hingga menjadi tidak sedarkan diri. 9⃣Sawan

‼Seorang pesakit yang mengalami strok haba boleh mendapat komplikasi dehidrasi yang kritikal yang jika tidak dirawat segera

‼Seseorang yang mengalami strok haba boleh mengalami komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, otak, jantung dan hati.

Tips dan amalan yang perlu dilakukan semasa musim cuaca panas

1⃣Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita 2⃣Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh 3⃣Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan 4⃣Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). 5⃣Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi. 6⃣Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan 7⃣Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar 8⃣Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas 9⃣Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita. Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas) 1⃣1⃣Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi 1⃣2⃣Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. 1⃣3⃣Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar. 1⃣4⃣Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. 1⃣5⃣Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan 1⃣6⃣Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal

Cara terbaik untuk mencegah diri

✔ berwaspada dengan tanda awal PBK dan dehidrasi.

‼Jika tanda-tanda dikesan, segeralah ambil langkah untuk melegakannya.

✔Anda boleh minum lebih air atau menurunkan suhu badan secara perlahan-lahan dengan melapkan badan dengan tuala basah ataupun mandi dengan air suam (bukan air sejuk beku).

‼Jika anda atau keluarga anda menunjukkan tanda strok haba (seperti nampak keliru dan tidak sedarkan diri) – segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Golongan masyarakat yang berisiko atau mudah terdedah

1⃣kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun 2⃣ibu hamil 3⃣ibu menyusu 4⃣golongan tua berumur lebih daripada 65 tahun.

* golongan ini lebih sensitif terhadap kesan perubahan cuaca.

*Bagi kanak-kanak, mereka memerlukan bantuan dari orang dewasa untuk menyejukkan badan serta memberi hidrasi yang cukup.

*Warga emas kita pula turut berisiko tinggi kerana sistem tubuh mereka mungkin tidak lagi efektif untuk menurunkan suhu badan dan mereka juga tidak dapat mengesan kenaikan suhu badan dengan baik.

Bagi pesakit yang menghidapi penyakit lemah jantung dan kegagalan buah pinggang, semasa musim panas ini mereka lebih cenderung minum lebih banyak air. Namun, oleh kerana masalah jantung dan buah pinggang mereka, apabila mereka lebih banyak minum air, mereka boleh mendapat masalah ‘fluid overload’ di mana paru-paru mereka dipenuhi air (acute pulmonary oedema). Maka, golongan ini perlu berhati-hati apabila mengambi lebih banyak air semasa musim panas ini.

Bagi golongan berpenyakit kronik – mereka lebih cenderung mendapat serangan penyakit dan mudah terdedah kepada wabak penyakit.

Golongan bermasalah pernafasan seperti asthma dan masalah paru-paru kronik perlu mengelakkan kawasan kering, berdebu, jerebu serta mengelakkan kawasan yang sesak untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti infuenza.

golongan yang mudah terdedah seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas juga disarankan mengambil vaksinasi untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti pneumokokal dan influenza.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Nur Hidayati, seorang doktor perubatan dalaman yang bertugas di sebuah hospital di Selangor.

Keep yourself hydrated. Drink lots of water. Stay at home unless necessary to be out. Be cautions.

Lots of love


Recent Posts

See All
Flawless with NO skincare

Tips Bersama Hubban Limaanan Harini kita bawakan tips khas dr fb fatien amirah pengasas dewy glow yg dh amalkn lebih dr setahun++ even...

 
 
 
Kalah Dalam Menang

Nasyid/Qasidah bersama Hubban Limaanan Kalah Dalam Menang. Mawi ft. Syamsul Yusuf 🏼 . . Yo! Ya Allah, Ya Rahim Siapa lebih berkuasa?...

 
 
 
Tips menjaga ikhtilat

Tips bersama Hubban Limaanan Tips menjaga iktilat buat muslimah 1. Elakkan berurusan dengan lelaki, selagi masih boleh dan berpeluang...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page