top of page

Qadh Qadr . Adakah ketentuan ataupun kebetulan ?

  • Perkongsian daripada naqibah
  • Mar 28, 2016
  • 4 min read

USRAH MINGGUAN HUBBAN LIMAANAN

Assalamualaikum wbt semua kesayangan HL yang super gojes semuanya..

ape yek tajuk usrah kita kali nie??

alhamdulillah mlm nie kita akan bincang pasal QADHA QADAR ADAKAH KETENTUAN ATAUPUN KEBETULAN???

okay.. jom rapatkan saf semua kita mulakan dengan bacaan ummul kitab al fatihah dan selawat ke atas nabi Muhammad saw..

⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

apa maksud qada??? apa pula maksud qadar??? dah lama la, xingat dah.. xpea, jom kita refresh.

• Qada’

Dari sudut bahasa Arab, Qada’ bermaksud meletakkan dan memutuskan sesuatu hukum.

Manakala dari sudut syarak, Qada’ ialah perkara yang diputuskan oleh Allah SWT terhadap segala makhluknya samada dari sudut menciptakannya, meniadakannya, atau mengubahnya.

cth : rezeki (kita boleh mengubahnya dgn berikhtiar mencari rezeki ataupun sebaliknya)

• Qadar

Dari sudut bahasa Arab, Qadar ialah menetapkan suatu kadar tertentu.

Manakala dari sudut syarak, Qadar ialah perkara yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT semenjak azali, supaya ia terjadi mengikut ilmu-Nya yang mendahulu setiap perkara.

cth : jodoh, ajal (rahsia Allah yg sudah ditetapkan utk kita)

sekarang kita ushar plak ape perbezaannya ye

🏻Perbezaan antara Qada’ dan Qadar🏻

Qadar ialah menetapkan kadar sesuatu sebelum memutuskannya agar ia berlaku. Manakala Qada’ pula ialah menjadikannya ia berlaku mengikut apa yang ditetapkan. Ini bermakna, Qadar berlaku lebih dahulu daripada Qada’, dan kedua-duanya adalah saling lazim-melazimi dan tidak mungkin berpisah. 🏻

Ibn al-Athir mengumpamakan dengan mengatakan Qadar adalah asas atau tapak binaan, dan Qada’ pula ialah binaan yang dibangunkan di atas asas tersebut. Sayyid Sabiq melalui kitabnya Aqidah Islam menyebut, telah disebut berulang kali di dalam al-Quran al-Karim masalah qadar atau takdir, antaranya:

• Segala sesuatu terlaksana dengan takdir Tuhan. Firman Allah SWT:

وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَارٍ

Maksudnya: Dan segala sesuatu itu di sisi Tuhan adalah ketentuan takdir. (Surah al-Ra’d: 8)

Al-Maragi mengulas: Setiap sesuatu mempunyai batas waktu⏲ yang telah ditentukan iaitu tidak lebih dan tidak kurang.⚖

• Segala sesuatu diciptakan dengan takdir sebagaimana firman Allah SWT:

وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَآئِنُهُۥ وَمَا نُنَزِّلُهُۥٓ إِلَّا بِقَدَرٍ مَّعْلُومٍ

Maksudnya: Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu. (Surah al-Hijr: 21)

Sayyid Qutb berkata: Hanya kepada Allah SWT pulangnya segala sesuatu dan pulangnya setiap orang tepat pada waktu nya yang ditetapkan.

• Segala sesuatu diciptakan dengan takdir. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT:

إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَـٰهُ بِقَدَرٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu dengan takdir. (Surah al-Qamar: 49)

Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi dalam kehidupan dunia ini, adalah ketentuan Allah SWT dan pembentukannya, menurut ketentuan hikmah-Nya Yang Maha Bijaksana dan aturan-Nya yang menyeluruh dan sesuai dengan sunnah-sunnah yang Dia letakkan pada makhluk-Nya.”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada ayat di atas ialah bahawa makna qadar atau takdir itu ialah suatu peraturan yang tertentu yang telah dibuat oleh Allah SWT untuk segala yang ada di alam semesta yang maujud ini.

Sebagai umat Islam yang beriman kita wajib percaya bahawa Allah SWT menentukan segalanya.✍🏻 Dalam menjalani kehidupan kita sebagai hamba Allah hanya mampu merancang, akan tetapi segala perancangan kita itu yang menentukan ialah Allah SWT atau dengan kata lain takdir mengatasi tadbir dan meyakininya termasuk di dalam salah satu daripada rukun Iman.

Yakinlah bahawa sesuatu perkara yang telah berlaku, atau yang sedang berlaku, atau yang akan berlaku, kesemuanya adalah tertakluk di bawah takdir Allah SWT. Justeru, apa sahaja yang terjadi di alam semesta ini, semuanya berlaku dengan ilmu dan iradat Allah yang telah direncanakan oleh-Nya sejak azali mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Sebagaimana Firman-Nya di dalam surah al-Furqan ayat 2:

ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٌ فِى ٱلْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍ فَقَدَّرَهُۥ تَقْدِيرًا

Maksudnya: “Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya; dan Dialah yang mencipta segala sesuatu lalu menentukan keadaannya dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

.

☘Ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT menentukan segalanya apa yang ada di langit dan bumi , justeru sebagai seorang yang beriman, maka kita hendaklah menerima segala takdir Allah SWT dengan penuh rasa keinsafan dengan merasakan bahawa betapa lemah dan kerdilnya diri kita di sisi Allah SWT. Oleh sebab itu setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan kita ini ada terkandung ribuan hikmah yang sememangnya menguji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba.

fuhh sentap rasa kan.. mgkin selama nie kalau kita ditimpa musibah, kita sering marah , sedih , xpuas hati kan .. tp percayalah Allah Maha Mengetahui apa yg tersirat di sebalik semua itu.. tugas kita hanya perlu senyummm

Seringkali kita menemukan kejadian-kejadian yang mungkin terjadi secara tiba-tiba atau di luar dari peristiwa yang sering kita alami sehari-hari, dan kita sering menyebutnya "kebetulan". Adakah sesungguhnya yang kita sebut "kebetulan" itu?

🏻M.Quraish Shihab dalam bukunya "Lentera Hati" mengemukakan bahwa: Suatu peristiwa yang tidak sejalan dengan kebiasaan atau terjadi secara tidak terduga biasa dinamai "kebetulan". Keterbatasan kemampuan dan pengetahuan mengantarkan kita untuk menamainya demikian, karena itu tidak ada "kebetulan" di sisi Allah, SWT. Bukankah Dia Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, serta Pengendali dan Pengatur alam ini? Sebagian dari "kebetulan-kebetulan" itu tidak dapat ditafsirkan dengan teori kausalitas (sebab dan akibat). Allah, SWT adalah Maha Pengendali dan Pengatur alam ini, Maha segala-galanya. Semua peristiwa yang terjadi dalam kehidupan adalah dalam kendali dan takdir Allah, SWT. Segala sesuatu sudah dalam ketentuan-Nya, tidak ada yang kebetulan. Semua hal yang terjadi di sekitar kita pasti ada tujuan yang sudah ditentukan 0leh Allah, SWT.

🏻Mari belajar bersyukur untuk semua nikmat yang telah Allah, SWT berikan pada kita.

selain itu, cth yg paling dekat dgn kita adalah kita semua dipertemukan didalam group usrah hl utk sama2 mencari ilmu.. ianya adalah bkn kebetulan semata2 sebaliknya adalah ketentuan oleh Allah utk mempertemukan kita dan mewujudkan ukhwah lillahitaala till jannah.. ‍️‍‍️‍

akhir kalam, jelaslah bahawa semua yang berlaku pada kita semua adalah ketentuan Allah swt dan tidaklah dikira sebagai kebetulan kerana kita sendiri tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.. sesungguhnya pengetahuan kita sebagai hamba adalah terbatas.. mgkin kalau ada 1 atau 2 peristiwa yg btol2 terjadi mengikut ramalan kita, itu hanyalah perkara yg tetap akan berlaku..

semua yang baik itu dtg dr Allah dan yang buruk itu dtg dr kekhilafan diri sy sendiri.. tegur sy jika ada tersalah ye.. wallahualam

Kita tutup majlis kita dengan bacaan tasbih kafarah dan suratul Asr.

by jiehaho

Ikuti kami di laman sosial lain

Instagram : @hubbanlimaanan ✉ Facebook : Hubban Limaanan Twitter : @hubbanlimaanan Laman Rasmi : http://hlofficial.wix.com/hlofficial

*Semua slot harian pada pukul 9 malam boleh didapati dilaman rasmi.


Recent Posts

See All
S.A.H.A.B.A.T

Usrah Mingguan Hubban Limaanan SAHABAT *** Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW....

 
 
 
ANAK

Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...

 
 
 
Revision !

Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻 Baik. Kita mulakan...

 
 
 

Commenti


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page