Revision !
- Perkongsian daripada naqibah
- Mar 28, 2016
- 3 min read
Hubban Limaanan Ulangkaji Keempat-empat Khulafa Ar Rasyidi
Abu Bakar al-Siddiq
🏻Bahasa Arab: أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq
🏻khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634.
🏻pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah)
🏻Tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah.
🏻Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta.
🏻Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan)
Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W.
Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W.
Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
🏻Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah
🏻 Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
🏻Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah.
🏻Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar.
Ada yang mengatakan disebabkan keracunan
Ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa.
🏻Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
🏻Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah
🏻Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam.
🏻Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi.
🏻Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran
🏻Beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam
Umar al-Khattab
Arab عمر بن الخطاب
kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar
daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy.
Menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah
Dilahirkan di Makkah
Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza.
Mendapat hidayat Islam 🔹tahun ke-6 kenabian 🔹ketika berumur 39 tahun 🔹memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran
Meninggal dunia 6 November 644 Masihi (26 Zulhijjah 23 Hijrah) di Madinah
Di kebumikan di Masjid Nabawi, Madinah
Uthman bin Affan
Arab: عثمان بن عفان
Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran.
Dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam
Amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah.
Berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.
Mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza
Puteri Rasulullah s.a.w bernama Ruqayyah
Setelah Ruqayyah meninggal dunia, beliau mengahwini Ummu Kalthum.
Selepas Ummu Kalthum meninggal dunia, beliau telah berkahwin sebanyak 7 kali
Isteri terakhirnya bernama Nailah Binti Furaifisha.
Kerana itu digelar zunurain
Salah seorang dijanjikan syurga.
Ali Abi Talib
Bahasa Arab: علي بن أبي طالب
Sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra.
Berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun ketika berkahwin.
Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar.
Walaupun begitu para sahabat lain seperti 1⃣Sayyidina Abu Bakar 2⃣Sayyidina Umar 3⃣Sayyidina Uthman 4⃣Sayyidina Abdul Rahman bin Auf
berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu
demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
Dilahirkan di Makkah pada tahun 601.
Bapa Sayyidina Ali, Abu Talib ialah bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w..
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Sayyidina Ali merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam.
Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku
Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w.
lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda
Menyertai semua peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk.
menjadi salah seorang hakim dan penulis wahyu baginda.
Recent Posts
See AllHubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 10 Rejab 1437H Bersamaan 18 April Bahagian Akhir : Unta,Semut...
Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 3 Rejab 1437H Bersamaan 11 April Bahagian 2 : Paus &...
: Hubban Limaanan Slot Tokoh Islam Tajuk : Kisah Binatang Pada Zaman Nabi 26 Jamadil Akhir 1437H Bersamaan 4 April Bahagian 1 : Nyamuk...
コメント