Revision !
- Perkongsian daripada naqibah
- Apr 5, 2016
- 6 min read
Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz
Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻
Baik. Kita mulakan usrah kita pada hari ini dengan Ummul Furqan Al Fatihah
===
Jadi tajuk usrah kita pada hari ini ialah . . . "Nasihat Daripada Seorang Pendosa"
Usrah kita dalam bentuk Audio dan sedikit huraian dalam bentuk teks (notes).
Kalian boleh dengar audio mahupun baca text. Digalakkan mendengar audio supaya lebih memahami apa disampaikan.
Kita sama2 tahu bahawa kita semua adalah pendosa. Bagaimana nak jadi manusia yang lebih baik walaupun masih melakukan dosa?
1) Jangan berputus asa daripada rahmat Allah. Walaupun kita telah melampau batas. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang . Jika Allah mengampuni dosa kita, Allah masih sayang kat kita, berbeza dengan sifat manusia.
Dalam satu hadis qudsi disebutkan bahawa Allah akan mengampuni dosa2 walaupun setinggi langit.
Keampunan Allah meliputi kemurkaannya, maka Allah akan ampunkan dosa kita selagi kita tidak syirik kepada Allah. Kerana Allah akan mengampuni segala dosa kecuali syirik kepada Allah.
Hakikat kehidupan Masyarakat kita telah jauh dari agama Islam yang sebenar.
Umar Al Khattab : "Jika kamu ingin melihat pemimpin masa hadapan, lihatkan remaja pada hari ini."
Tetapi remaja sekrang telah jauh dari agama. Berapa banyak jenayah yg dilakukan oleh remaja?
Semua ini berpunca daripada diri kita sendiri yang tiada kesedaran. Apa sebenarnya yg kita nak as a teenager? Nk berhibur? Nak enjoy?
Sultan Muhammad Al Fateh ketika usia nya baru 21 tahun telah menawan kota konstantinople. Zubair Al Awwam ra ketika usia nya baru 18 tahun telah mempimpin angkatan tentera muslimin.
Sangat jauh dengan pemuda pemudi zaman sekarang. Ianya berpunca daripada rumah kerna kurangnya prihatin.
Apabila ahli keluarga tidak peduli lagi ttg agama ahli keluarga nya yg lain.
Remaja sekarang terlalu sinonim dengan mencarut , sehingga mencarut ini dianggap zikir oleh remaja
Sabda Nabi: "Mencarut itu perbuatan kasar , dan setiap perbuatan kasar itu tempatnya di neraka."
Bagaimana nak selesaikan isu ini ? Jawapannya ialah berpegang kembali dengan Al Quran
Ramainya remaja kita yg terpedaya dengan budaya barat. Sehingga mengabaikan sunnah Nabi ﷺ
Kembali kepada Al Quran , Al Quran terkandung 1001 nasihat . Terkandung apa yg Allah nak cakap kepada Manusia yg dhaif . al Quran ialah mukzijat teragung. Bila kita tinggalkan quran, maka hilanglah pegangan hidup.
Audio ini adalah tentang satu kisah teladan.
Seorang lelaki berjumpa dengan wali Allah bernama Ibrahim bin Adham. Ibrahim bin Adham merupakan seorang yang terkenal dengan kewarakannya, kealiman, dan keluasan ilmu.
Seorang pendosa datang dalam keadaan ingin bertaubat. Pendosa ini melakukan banyak kemungkaran hingga timbul rasa berdosa dan ingi bertaubat. Maka, dia datang kepada Ibrahim bin Adham untuk meminta nasihat.
"Wahai tuan guru mulia, berikannlah aku nasihat supaya aku dapat tinggalkan segala perbuatan buruk aku selama ini."
Ibrahim bin Adham berkata, "Aku berikan 5 syarat yang apabila kamu lakukan, bebslah kamu buat maksiat. Tiada yang dapat halang kamu lakukan maksiat." Si pendosa terkejut.
Yang pertama, jika kamu nak lakukan maksiat, lakukan di tempat yang Allah SWT tak nampak.
Lelaki itu terkejut
Si pendosa berkata, "Wahai tuan guru mulia. mana boleh saya lakukan maksiat di tempat yang Allah tak nampak sedangkan semua perkara kat dunia mahupun luar dunia, semuanya Allah SWT tahu. Allah itu Maha Mengetahui. Bagaimana aku nak lakukan perkara tersebut di tempat Allah tak nampak?"
Ibrahim bin Adham kemudian berkata, "Jika kamu tahu Allah nampak, adakah kamu tidak malu?"
Lelaki itu berkata, "Wahai tuan guru, teruskan dengan yang kedua."
Kemudian, Ibrahim bin Adham sebut, "Syarat yang kedua ialah apabila kamu ingin melakukan maksiat, maka jangan kamu makan rezeki Allah SWT."
Kemudian lelaki itu berkata, "Mana boleh tuan guru. Aku ini seorang hamba yang rezeki semua dari Allah SWT. semua rezeki daripada-Nya. Semua rezeki datang drpd Allah SWT. Kalau aku tak makan rezeki dari Allah, aku nak makan dari siapa lagi?"
Ibrahim bin Adham sebut, "Kamu makan rezeki dari Allah, adakah kamu sanggup membalas nikmat dengan maksiat?"
Lelaki itu tertunduk dan berkata, "teruskan dengan bicaramu yang ketiga."
Ibrahim bin Adham menyebut, "Syarat yang ketiga apabila kamu ingin melakukan maksiat maka kamu jangan tinggal di muka bumi Allah ini. Tinggal di tempat lain."
Laki itu berkata, "Wahai tuan guru mulia, bukankah seluruh tempat di muka bumi ini milik Allah jua? Bahkan seluruh galaksi adalah milik Allah."
Ibrahim bin Adham membalas, "Kalau kamu tahu segalanya milik Allah,mengapa kamu melakukan maksiat? Tidakkan kamu berasa malu?"
Lelaki itu menangis.
Ibrahim bin Adham menyambung.
"Syarat yang keempat ialah apabila kamu ingin melakukan maksiat, dan ditakdirkan satu masa, Allah SWT tarik nyawa kamu,maka katakan pada dia, jangan tarik nyawaku.
Kalu tahu mati tak tertunda, kenapa masih lakukan maksiat.
Apabila dibawa oleh malaikat untuk diseksa di akhirat, tentanglah.
Kalau kamu tahu tak mampu, kenapa kamu masih bermaksiat?
Akhirnya lelaki ini bertaubat menjadi abid.
Pengajarannya, jangan takut berubah ke arah lebih baik. jangan putus asa dari rahmat Allah.
2) Jangan jauh dari ulama. Sebab ulama ni pewaris Nabi ﷺ ,
3) Jangan sombong untuk meminta/mendengar nasihat. Org yg tak nak terima nasihat ini adalah golongan yg tidak sempurna iman malah sombong
Nabi sebut: "Tidak akan masuk syurga mereka yg ada perasaan sombong walaupun sebesar zarah (dalam dirinya)."
-HR MUSLIM-
Hati-hati🏻
Ana pergi ke audio terakhir sebagai penutup ya
Nasihat dari pendosa,
1. Jangan putuskan hubungan dengan Allah SWT. Jaga hubungan dengan Allah dengan cara solat dan membaca al-Quran. Jangan tinggalkan al-Quran.
Al-Quran ni pegangan hidup kita. Nabi SAW sebut bahawa kita takkan sesat selagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Maka berpegang teguhlah kamu pada dua perkara Ini. Kerana dua perkara ini sangat berharga bgi kita sebagai seorg muslim. Peninggalan nabi SAW.
2. Banyakkan selawat dan istighfar. Selawt itu penghubung kita dengan Nabi SAW. Jangan lupa istighfar. Diceritakan Nabi SAW menangis pada malam hari menyebut ummati. Jangan kecewakan Nabi.
3. Jangan malu bertaubat. Sekalipun lepas taubat, asyik ulang dosa, jangan pernah takut, malu, putus asa untuk terus bertaubat dan usaha tinggalkan dosa.
Jangan letih dlm perjalanan kita berubah ke arah yang lebih baik. Memang akan penuh dengan ujian, ianya untuk menguatkan iman.
Masya Allah.
Jadi itu sahaja tazkirah ringkas kita pada hari ni. Semoga dapat ambil ibrah daripada apa yang disampaikan eh sang pendosa ini
🔴 Sekiranya seorang yang dulu pada zaman kejahilannya dia pernah trgolong d dlm glgan mujahirin. Kmudian dia bertaubat dan bhijrah. apakah dosanya yg tdahulu tdak diampunkan.
Apabila kita bertaubat , pasti Allah akan terima .dengan syarat taubat kita itu dengan ikhlas
🔴Betul ke kalau kita banyak buat dosa tapi lepas tu kita akan ingat Allah,adakah itu petanda Allah swt sayangkan kita?
Ya . Allah sentiasa sayangkan kita . Itu petanda kita masih ada iman , kene cepat bertaubat
🔴 soalan
- apakah cara untuk mnyakinkan diri bahawa Allah itu maha menerima taubatnya kerna sebagai manusia, kita sering melakukan kesilapan brulang kali.. Wallahualam..
Allah janji dalam Quran bahawa Allah itu "pasti" menerima taubat hambaNya . Ibn Kathir sebut bahawa word pasti itu menunjukkan jaminan Allah ﷻ . Tetapi bagi ana , lebih baik kita terus rasa berdosa dengan dosa yg kita lakukan supaya tidak timbul perasaan " kalau buat maksiat pun , nanty Allah ampunkan " . Waliyullah Abdullah Bin Mubarak sehingga menjelang wafatnya sangat khuatir dosanya tidak akan diampunkan . Wallahu alam
🔴 kalau amalkan istighfar saja tanpa melakukan solat sunat taubat nasuha.. adakah itu dikira bertaubat juga.?
Istighfar ialah memohon ampun kepada Allah , jika diniatkan untuk betul2 bertaubat dan beriatighfar , pasti akan diterima in shaa Allah
🔴Kalau taubat buat lagi guana ?
Ketika Imam Hasan Al Basri ditanya tentang soalan ini , beliau menjawab
" Aku tidak tahu melainkan ianya adalah salah satu sifat orang yang beriman "
Dengan syarat , bila kita buat lagi , taubat sunguh2 lagi
🔴Bismillahirahmanirahim.. Allah sifatnya yang maha pengampun..sy yakin itu tapi kadang2 sy rasa sy gagal dalam mengawal diri... Apa harus sy lakukan utk terus kuatkan diri dan hati..
Itu adalah berpunca dari nafsu yang memberontak . Saya sarankan Ukhti berpuasa dan perbanyakkan mengikuti kulian agama
🔴Mcm mana dgn hati yg ingin bertaubat tp fizikal tak mahu buat ?
Itu namanya mujahadah , hati kita memang sentiasa mendambakan redha Allah . Tetapi fizikal kita yang dikuasi nafsu , caranya ialah dengan bulatkan tekad , berazam dan berubah , banyakkan berpuasa dan solat sunat . Dapatkan sokongan kawan2 . In Shaa Allah . Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
🔴 Kalau contoh dia buat dosa besar . contohnya seperti zina . then taubat . then buat . then taubat . dan bgtu strusnya . dia x dpt kwal diri . acane tu ?
Mungkin ada masalah dengan taubat kita . Cuba ikhlaskan lagi dan cuba amalkan kaedah yg telah saya nyatakan di atas
🔴 Kalau contoh dia buat dosa besar . contohnya seperti zina . then taubat . then buat . then taubat . dan bgtu strusnya . dia x dpt kwal diri . acane tu ?
Mungkin ada masalah dengan taubat kita . Cuba ikhlaskan lagi dan cuba amalkan kaedah yg telah saya nyatakan di atas
🔴Akak akak sekalian . Nak tanya , haritu , ada tertengok satu video ap ntah yang mengatakan bahawa , perempuan memberi salam pada lelaki hukumnya haram , okay . Tapi dia juga kata bahawa , perempuan menjawab salam yang diberi oleh lelaki juga haram . Macam mane tu? Bukan ke hukum menjawab salam tu wajib? Pnah dgr jgk..klo bgi salam kt laki tu harus..Serious , keliru .yg mna satu nih?
Asalnya memberi salam itu sunat dan menjawab salam itu wajib . Tetapi ulama semisal imam Nawawi dll mengupas isu ini dengan lebih lanjut . Maka hukum wanita memberi salam kepada lelaki adalah tidak dibenarkan sama sekali jika ianya menimbulkan fitnah . Begitu juga sebaliknya . Tetapi tiada masalah jika dia yakin bevas fitnah . Cth : murid perempuan memberi salam kepada guru lelaki di kawasan sekolah dan sebaliknya . Umar ra pernah memberi salam kepada kelompok muslimat . Maka ianya dibenarkan . Tetapi tidak boleh seorang perempuan memberi salam kepada sekumpulan lelaki . Wallahu alam
🔴kenapa masa dkt mekah, tak asing jemaah lelaki and perempuan masa tawaf. Sedangkan, islam menjaga ikhtilat something like that , Tawaf kan campur dan berlaku tolak2 dan sbgnya .
Maaf tanya
Apabila ditanya kepada kerajaan Arab , mereka menjawab memang sukar untuk mengasingkan jemaah , apatah lagi masing2 nak mendapat fadhilat solat hampir dengan kaabah dan makam ibrahim
Recent Posts
See AllUsrah Mingguan Hubban Limaanan SAHABAT *** Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW....
Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...
USRAH MINGGUAN HUBBAN LIMAANAN Assalamualaikum wbt semua kesayangan HL yang super gojes semuanya.. ape yek tajuk usrah kita kali nie??...
Comentarios