top of page

Ayam Paprik Thai

  • Perkongsian daripada naqibah
  • Apr 19, 2016
  • 1 min read

AYAM PAPRIK THAI

1/2 ekor ayam – dipotong kecil atau ikut suka 3 sudu sederhana pes tomyam

4 biji bawang merah (ditumbuk)

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 biji bawang besar (dimayang)

1 batang serai (dititik)

5 biji cili padi (diketuk)

2 biji limau kasturi – diambil jusnya (boleh tmbh gn nenas untuk masamkan kuah paprik) 3 helai daun limau purut – disiat2 7 sudu besar sos cili 6 sudu besar sos tomato 4 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap manis sedikit brokoli, jagung muda dan karot 1/2 sudu tepung jagung air garam gula dan perasa secukupnya

Cara penyajiannya adalah:

panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing.

masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk berserta dengan cili padi. kacau sekejap.

kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.

kacaukan sebati dan biarkan mendidih sekejap. masukkan pula sedikit air.

selepas itu masukkan serai, daun limau purut pes tomyam dan semua jenis sayuran.

Perasa kan dengan garam gula dan penambah perisa ikut suka hati korg .

kacaukan dan bila mendidih barulah dimasukkan bawang besar.

hidang dan hiaskan..


コメント


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page