Cencuan Ikan
- perkongsian daripada naqibah
- Apr 19, 2016
- 1 min read
Ketuk-ketuk bersama Hubban Limaanan
CENCUAN IKAN
BAHAN-BAHAN :
- 2/3 ulas bawang merah kecil & bawang putih (ikut pada kuantiti masakan). - Halia (sebesar jari ibu). - Ikan2 yang hendak dimasak. - Asam Jawa ( Kuantiti berpatutan & kacau dgn air ) - Garam secukupnya. - Serbuk Perasa secukupnya.
CARA MEMASAK :
- Ikan2 yg hendak dimasak hendaklah digoreng terlebih dahulu. - Hiris bawang merah kecil, bawang putih & halia tersebut. - Tumis ketiga2 bahan tersebut sehingga naik bau. - Setelah tampak garing sedikit & naik bau, masukkan air asam jawa ke dalam kuali. - Tambah air mengikut citarasa anda. - Masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa. - Masukkan ikan yg telah digoreng tadi
Lauk ini boleh juga dimasak dgn tempe atau Ikan bilis. Tetapi, Jika dimasak dgn ikan bilis sahaja, tidak perlu air yg terlalu banyak.. Air asam jawa boleh dimasukkan mengikut citarasa anda. Kalau hendak rasa masam2, masukkan lebih
Sangat mudah untuk dimasak walaupun anda dalam keadaan tergesa2 Selamat Mencuba!
Recent Posts
See AllAYAM PAPRIK THAI 1/2 ekor ayam – dipotong kecil atau ikut suka 3 sudu sederhana pes tomyam 4 biji bawang merah (ditumbuk) 2 ulas bawang...
Ketuk-ketuk Bersama Hubban Limaanan PIZZA MUDAH Bahan-bahan: . 500g tepung roti 1 paket yis mauripan 1 sk gula 1 sk garam 1 biji...
ketuk-ketuk bersama Hubban Limaanan Aiskrim choki-choki Bahan Bahan Untuk membuat Aiskrim Choki Choki 1 tin susu pekat manis 1 tin susu...
Comentarios