top of page

S.A.H.A.B.A.T

  • perkongsian daripada naqibah
  • Apr 19, 2016
  • 4 min read

Usrah Mingguan Hubban Limaanan

SAHABAT

***

Bismillahirrahmanirrahim .. Apa itu Sahabat? 🏾🏾🏾 MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Antara yg lain ialah,

“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”

***

TIGA TAHAP PERSAHABATAN

1.) Persahabatan kerana Allah :

Inilah sebaik-baik persahabatan Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata. Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t....

Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus ☹ semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik, sifat ke'aku'an dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia Namun begitu, Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala

2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala

3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya dan lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.. Subhanallah . . 2) Persahabatan tabii :

Persahabatan yang 🏻 tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah. Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan Mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata

Maksudnya, tiada niatkan kerana Allah Taala ... Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula Apa pun, persahabatan ini diharapkan dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.. Biiznillah.. Amin :)

3) Persahabatan yang tercela :

Inilah persahabatan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita Ianya bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula! Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kwan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.. Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan. Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.. Wanauzubillahi min zalik

Seperkara harus diingat 🏼Walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu, di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain , ”Sia-sia aku berkawan dengan engkau! ” ,”celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu! ”, ”Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!”.

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya : “….dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa.” (Az-Zukhruf: 67) .

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini ?. Dimana kedudukan persahabatan antara kita berdasarkan kategori persahabatan diatas?

Adakah ianya kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?

Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud, ”Seseorang itu di atas agama kawannya”. Oleh itu, kita mestilah berhati2 dalam memilih kawan

***

❣Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? ❣

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.” : 🏾🏾🏾

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi. Jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu 🏼 dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu

***

Ayat AlQuran yg berkaitan dgn Peranan Sahabat?

:: Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119) ::

***

Kisah Teladan Tentang persahabatan antara Abu Bakar dengan Rasulullah S.A.W

Di dalam Gua Tsur, Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar ra bersembunyi dari kejaran kaum Quraisy 🏼 Rasa lelah mengharuskan mereka beristirahat Dan Abu bakar pun mempersilakan kedua pahanya untuk dijadikan bantalan kepala Rasulullah Keadaan begitu hening saat keduanya melepas lelah. Rasulullah saw memejamkan matanya sementara Abu Bakar ra mengawasi. Dalam waktu istirahat mereka, Abu Bakar yang terjaga melihat ular mendekati tempat mereka berdua...

Keringat dingin mengalir dari dahinya saat ular itu semakin mendekati kakinya Hingga akhirnya sang ular menusukan taring tajamnya pada salah satu kaki Abu Bakar ra Abu bakar berusaha menahan sakit dengan tidak menggerakan tubuhnya Matanya berderai merasakan betapa sakit luka yang di derita Hingga Rasulullah terbangun dan terkejut melihat keadaan sahabatnya Sambil menahan rasa sakit, bertuturlah Abu Bakar tentang peristiwa yang menimpanya. Kemudian Rasululloh berkata “Mengapa engkau tidak menghindarinya?” Sambil menahan rasa sakit Abu Bakar ra menjawab “Jika aku menggerakan kakiku, aku takut mengganggu istirahat engkau ya Rasulullah.”

Subhanallah... Pengorbanan Abu bakar ra adalah hasil dari ketulusan cinta kepada Rasulullah saw. Dan memang seperti itulah seharusnya cinta, ia adalah manifestasi pengorbanan dari sang pecinta kepada yang dicintainya. Pengorbanan menjadi salah satu tolak ukur kedalaman cinta seseorang. Sementara tingkatan tertingginya adalah saat sang pencinta mengorbankan sesuatu yang paling berharga yang dimilikinya demi kebahagiaan orang yang dicintai... "

CINTA disini adlh merujuk pada rasa cinta, kasih dan sayang dari seorang sahabat kepada sahabat yg lain "

****

Kesimpulannya, Sahabat2 Hubban Limaanan sy yg saya kasihi & sayangi kerana Allah, sy amat berharap semoga kita semua yg dlm group ni akn jadi shbt Terbaik sepertimana mksd group kita...

HUBBAN LIMAANAN

" Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala "

Moga Persahabatan kita adlh Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : “Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan” (Surah Az-Zukhruf :67) . Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin


Recent Posts

See All
ANAK

Assalamualaikum w.b.t kepada gadis2 Hubban Limaanan 🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻🏻 Kita mulakan usrah kita harini dengan UMMUL KITAB .. Al...

 
 
 
Revision !

Usrah khas Hubban Limaanan Ulangkaji kuiz Tajuk : Nasihat dari seorang pendosa Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 🏻 Baik. Kita mulakan...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page