top of page

Tips menjaga ikhtilat

  • Perkongsian daripada naqibah
  • Apr 19, 2016
  • 3 min read

Tips bersama Hubban Limaanan

Tips menjaga iktilat buat muslimah

1. Elakkan berurusan dengan lelaki, selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan Kecuali dalam hal-hal yang di luar kemampuan wanita seperti dalam hal baiki kereta, dan sebagainya. Dalam keadaan ini ia diharuskan , hal ini disebabkan keterbatasan kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. . 2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunalah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, whatsapp atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, dan bukannya bahasa pasar. Contoh : maaf (bukan sorrie..), terima kasih (bukan maceh ). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke , letak bunga ka , gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Dan elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul terdesak. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan bernama lelaki. Buktinya sampai Allah menasihati kepada wanita supaya keraskan suara! . . Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat 32 : “Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.” Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. . . 3. Tundukkan hati . Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa. Minta agar Allah kuatkan hati dan elakkan kita dari terpedaya dengan perangkap syaitan. . 4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, “make eye contact with the person you’re talking to..”. Ianya dapat diaplikasikan kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar boleh berlaku. Kita juga mestilah tidak memandang kepada aurat dan tidak memandang dengan syahwat. Dari panahan mata sahaja, sudah cukup untuk membawa ke arah perkara-perkara yang lebih besar. Kita doakan agar kita dijauhi daripada perkara-perkara tersebut. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. . . Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 : “…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…”. Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, mestilah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contohnya : “Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..”. Isk,isk..tak layaknya.. . . 5. Sentiasalah berakhlak muslimah dalam semua perkara, terutamanya ketika bermuamalat dengan lelaki. Contohnya : percakapan, mestilah tidak melunakkan suara sehingga dapat merangsang dan membangkitkan perasaan. . . 6. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian ❌yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai di rumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki. . . 7. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram di sisi mereka, ianya ditegah dalam sebuah hadis sahih mengenainya, (sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin terbakar la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan. . . 8. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth : mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan ataupun perkara yang boleh melalaikan dari tujuan sebenar perjumpaan tersebut. . . 9. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin dapat diaplikasikan kepada para pelajar atau orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak buat lawak…TAK PERLU!❌❌ Siapkan kerja cepat2, then go. . . 10. Tempat perbincangan pula buatlah di tempat yang terbuka dan berurusanlah secara profesional.🔊🔊

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada kaum wanita, kaum lelaki turut dapat mengambil manfaatnya. Patuhilah semua peraturan-peraturan dalam berikhtilat supaya tidak timbul perkara-perkara maksiat yang dimurkai Allah. Dan nasihat saya, kalau boleh dijauhkan ikhtilat, maka jauhkanlah kerana itu yang lebih utama. Wallahua’lam. . . Sekian, terima kasih. . Sumber dari blog #Ketikahatiberbicara


Recent Posts

See All
Flawless with NO skincare

Tips Bersama Hubban Limaanan Harini kita bawakan tips khas dr fb fatien amirah pengasas dewy glow yg dh amalkn lebih dr setahun++ even...

 
 
 
Kalah Dalam Menang

Nasyid/Qasidah bersama Hubban Limaanan Kalah Dalam Menang. Mawi ft. Syamsul Yusuf 🏼 . . Yo! Ya Allah, Ya Rahim Siapa lebih berkuasa?...

 
 
 
Allahu Ghayatuna

Nasyid/ Qasidah bersama Hubban Limaanan Allahu Ghayatuna - Saff One . . Dengan kalbu tenang Kami mengorak langkah Di Jalan Juang-Mu...

 
 
 

Comments


Assalamualaikum wbt

Semua slot dan perkongsian yang disediakan adalah dari hasil tulisan para naqibah HL ataupun di tulis semula oleh para naqibah HL.

 

Semoga ilmu dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan.

Kategori
Laman Sosial Lain
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square

© 2016 HUBBAN LIMAANAN OFFICIAL

bottom of page